Mari Mengaji Al-Quran | Kisah dan Ibrah dari Al-Quran dan Sirah

Malaikat penjaga gunung menawarkan diri untuk
membalas perbuatan orang-orang yang telah menyakiti nabi

Rasulullah saw. Adalah Seorang Yang Pemaaf

Dalam slot tazkirah minggu lepas Ustaz Falah bercerita tentang bagaimana pemaafnya Nabi Muhammad (bacalah selawat untuk beliau).

Baginda Rasulullah saw. adalah salah seorang dari nabi-nabi 'Ulul  'Azmi' (nabi-nabi yang paling berat ujian). Walaupun menghadapi pelbagai ujian, nabi Muhammad tetap sabar. Jika ada orang yang menyalahi dan menyakiti beliau, baginda akan hanya akan tersenyum lalu terus memaafkan orang itu.

Kisah 1

Pada zaman awal kenabian, nabi Muhammad banyak menghabiskan waktu beribadah di depan Kaabah. Ini merupakan sebahagian ajaran yang ditinggalkan oleh nabi Ibrahim yang masih diteruskan oleh baginda.

Rasulullah pernah, ketika sedang beribadah dituangkan bangkai dan najis unta oleh kafir musyrik. Tapi nabi Muhammad tidak marah apa lagi menyimpan dendam kepada orang yang melakukan khianat kepada beliau.

Kisah 2

Dalam menyampaikan dakwah kepada bangsa Arab ketika itu, nabi Muhammad telah mengunjungi bandar Taif untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan untuk pengikut-pengikut baginda di Makkah yang sering disakiti dan disiksa oleh musyrikin.

Penduduk Taif ketika itu belum memeluk Islam. Mereka juga telah dihasut oleh musyrikin Mekah untuk membenci Rasulullah. Tidak seorang pun yang sudi menerima kunjungan nabi Muhammad.

Malahan seluruh penduduk Taif mengejek-ejek beliau dan menghalau baginda dengan membaling batu kepada nabi. Begitu teruk kelakuan mereka sehinggakan Rasulullah cedera dan darah mengalir sampai ke buku lali dan bertakung di dalam kasut nabi.

Ketika baginda berehat di suatu tempat, datang seorang malaikat penjaga bukit Akhsyabin yang kasihankan nabi. Malaikat itu menawarkan untuk menghempapkan bukit ke atas orang-orang yang telah menyakiti nabi. Nabi Muhammad hanya perlu berkata 'ya!' dan malaikat itu akan melakukannya.

Tahu apa yang Nabi Muhammad lakukan? Baginda nabi hanya memaafkan mereka. Sesungguhnya mereka tidak tahu. Nabi Muhammad kemudiannya mendoakan agar dari keturunan mereka dilahirkan orang-orang yang beriman dan menyembah Allah semata-mata.

.
.
.
.

Begitu pemaaf nabi kesayangan kita

Pengajian Al-Quran Al-Muflehuun
Subang Jaya
017-310 3117 / 018-3311 700

Popular Posts