Ustaz, jom lumba lari?!!
Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang, dan memanah. |
"Ustaz, boring-lah! cepatlah cerita..."
Selepas solat sunat Dhuha, kami akan duduk dalam halaqah untuk ustaz bercerita sikit sambil bertazkirah.
Minggu lepas untuk slot bercerita, ustaz pilih topik 'Jom lumba lari?!!'
~Melompat masing-masing bila ajak main!
~Melompat masing-masing bila ajak main!
العَقْلُ السَّلِيْمُ فيِ الجِسِْم السَّلِيْمِMaksudnya : Akal yang sihat datang dari badan yang sihat
"Nabi Muhammad excercise (bersenam) tak Ustaz?" Ustaz dah agak soalan bocor ini akan ditanya.
1. Gusti
Nabi Muhammad (bacalah selawat untuk beliau) pernah dicabar untuk bergusti oleh Rukanah. Rukanah ialah seorang ahli gusti dan ala-ala 'pendekar' ternama lah lebih kurangnya pada masa itu. Rasulullah memenangi cabaran gusti itu dalam ketiga-tiga pusingan!
Kata Rukanah : "Wahai Muhammad! Tiada siapa pun pernah dapat membaringkan aku sehingga jatuh terlentang dalam pertarungan selain darimu! Sebelum ini engkaulah yang paling aku benci. Tapi sekarang aku naik saksi tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w itu RasulNya. "
2. Berlumba lari
Pernah dilaporkan di dalam sebuah permusafiran, Rasululllah pernah menyuruh para sahabatnya 'jalan dulu' ke depan meninggalkan baginda bersama Aishah.
Kemudian setelah para sahabatnya jauh berjalan di depan, Nabi Muhammad mengajak Aishah untuk berlumba dengannya.
3. Antara aktiviti lain yang Rasulullah juga galakkan kita mempelajari ialah memanah, berenang dan berkuda seperti mana yang diriwayatkan
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)
"Ustaz suka exercise apa?" Maka Ustaz pun diajukan soalan cepu cemas!
"Ustaz suka berenang! Kalau ustaz tak sempat pergi berenang ustaz akan lompat-bintang depan tv." Dan sebelum dapat soalan susulan, ustaz pun kata...
"Alhamdulillah, dah boleh balik..."
*Gambar dari kelas pengajian tahfiz hujung minggu
Akademi Al-Quran ABS Kota Damansara
.