Mendorong anak dengan Ganjaran Sosial

Jadual ganjaran untuk hafazan di
Program Cuti Sekolah (Tahfiz Intensif), Akademi Al-Quran ABS Kota Damansara.

Teknik mendorong dengan ganjaran sosial ini diambil dari contoh Nabi Muhammad mendorong para sahabatnya dalam membuat kebaikan.

Untuk anak-anak, teknik ini boleh digunakan dalam pelbagai aspek seperti pelajaran, akhlaq, sosial, disiplin dan lain-lain. Panduannya adalah seperti berikut.

+ Puji anak di depan adik beradik, ibu ayah atau di khalayak
+ Puji perbuatannya BUKAN orangnya
+ Nyatakan impak positif hasil dari tindakan anak itu.

Contoh skrip :

[Puji perbuatan]
Abah dengar Along baca Quran tadi bagus tajwidnya. Suara pun kuat!

[Impak positif] 
Kalau Abah tiada di rumah atau 'outstation' Along boleh dah jadi imam untuk Ummi dan adik-adik.

Hasil yang dijangka :

+ Anak akan gigih lagi memperbaiki bacaan tajwid al-Quran nya. Mungkin akan memperbaiki makhraj dan seterusnya lagu bacaan.

+ Adik-adik akan terdorong untuk juga memperbaiki bacaan al-Quran. Mereka akan berlumba-lumba untuk menjadi pembaca yang lebih baik.



-Nota-

Al-Muflehuun mengamalkan teknik mendorong 
gaya Nabi Muhammad di dalam pengajaran dan pengajian.

Pengajian Al-Quran Al-Muflehuun
Subang Jaya
017-3103117 / 018-3311700

Popular Posts