Al-Quran pendamping kita nanti di dalam qubur.

Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Qur'an
dan mengajarkannya (HR. Muslim)

Alhamdulillah, usai kelas malam.

Di dalam kelas tadi ada timbul beberapa kesalah makhraj huruf. Selepas latihan, makin baik bunyi nya. Dalam itu sempat juga ulangkaji bacaan tanda mad (panjang) dan syaddah.

Ini ada sedikit perkongsian...
Di antara yang boleh menyelamatkan kita di alam kubur nanti adalah al Quran. 
Mana-mana rumah yang membaca al Quran akan ada tanda cahaya yang terang benderang. Penduduk di langit dapat cam (kenal) rumah orang-orang yang membaca al Quran.
Jika kematian org yang baca al Quran ini, bekas cahaya akan naik ke langit ke langit. Para malaikat akan bersolat untuk orang ini memohon ampun untuk orang ini. 
Para malaikat akan berlemah lembut dengan orang ini di saat kematiannya. 
Alquran akan masuk di antara dada dan kain kapan. 
Alquran akan duduk di sebelah malaikat yang ingin menyoalnya di alam kubur walau dihalau oleh malaikat tersebut. 
Alquran akan duduk dan akan pertahankan org yang membacanya. 
Alquran takkan berpisah dengan pembaca al Quran sehingga memastikan pembacanya masuk ke syurga! 
Maka bacalah al Quran hatta 3 huruf sekalipun dalam sehari! Takan menyesal orang yang hidup dengan al Quran.
Sumber : Ustadz Ahmad Dasuki Abd Rani



Pengajian Al-Quran Al-Muflehuun
Subang Jaya
017-3103117 / 018-3311700

Popular Posts