Kelab Sukan Sunnah Al-Muflehuun

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” 
~ Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Sukan sunnah. Memanah, berenang dan berkuda.

"Yeay! Exam dah habis!! Tapi boring lah duduk rumah je!"

Kalau macam tu, jom join Kelab Sukan Sunnah Al-Muflehuun!


Kelab Sukan Sunnah Al-Muflehuun (KASSAM) Subang Jaya mengumpulkan remaja sekitar Subang Jaya meluangkan masa bersama dalam aktiviti memanah, berenang dan berkuda.

Kelab ini terletak di SS19 Subang Jaya. Aktiviti mingguan yang dijalankan bersifat santai dan rileks, manakala kursus, latihan dan modul bersijil juga disediakan bagi ahli kelab yang berminat.

KASSAM juga menganjurkan 'Mukhayyam Sanawi' (Perkhemahan Tahunan) dan kursus ikhtiar hidup (survival) dan trip sambil belajar dari masa ke masa bagi mengisi masa lapang dan cuti sekolah.

Keahlian kelab terbuka kepada remaja berusia 10 hingga 17 tahun, lelaki dan perempuan.




~ Maklumat penuh di Kelab Sukan Sunnah Al-Muflehuun (KASSAM)


Pengajian Al-Quran Al-Muflehuun
Subang Jaya
Whatsapp atau Telegram 017-3103117

Popular Posts