Memprogram-semula (reprogramming) lisan untuk belajar Al-Quran

Usai sudah kelas Muslimat malam ini. 

Salah seorang pelajar ada kesulitan menyebut dengan betul beberapa makhraj huruf walaupun boleh membaca dengan lancar. 

Bila diselidiki rupa-rupanya kesalahan ini telah berlarutan sejak dari kecil lagi. Dengan kata lain, kesalahan ini sudah sebati dengan diri. (Moga Allah permudahkan usaha. Mohon aminkan).

Kami kongsikan 3 tips belajar makhraj huruf arab di bawah


Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab. Pun begitu, Al-Quran bukan untuk orang Arab semata-mata. Al-Quran turun melalui lisan nabi Muhammad kepada keseluruhan umat manusia. Malahan 'rahmat buat seluruh alam'.

Bacaan yang baik adalah bacaan seperti 'Lisan Arabi' iaitu bacaan seperti lidah orang Arab.

Masyarakat kita di Malaysia beruntung kerana Bahasa Melayu sudah mengandungi hampir semua fonetik Bahasa Arab. Justeru, mempelajari Bahasa Arab sememangnya mudah bagi orang melayu.

Bahasa melayu sudah mempunyai hampir semua phonetik bahasa arab

Baik lah. Sekarang kami kongsikan 3 tips dalam mempelajari makhraj huruf arab.

1. Benarkan diri buat 'KESALAHAN'

Ini tips paling penting! Ulangan, ini tips PALING PENTING! Ya! Biarkan mulut kita buat bunyi yang otak kita kata salah tu.

Contoh nya huruf 'dal'. Betul, bunyi macam pelik. Selama ini kita sebut huruf 'dal' macam 'D'. Walhal huruf 'dal' ini lembut sifatnya. Biar orang kata kita pelat kerana bunyi 'dal' memang begitu.

Percayalah, Allah mudahkan Al-Quran untuk yang mahu belajar. Lagipun Al-Quran itu kan Allah punya?

2. MENIRU


Di sini dibolehkan MENIRU! Dan dapat pahala kerana belajar.
Ini kata kunci, ingat kata kunci ini - tiru.

Dalam mempelajari bahasa baru (termasuk bahasa arab) kita bermula dengan meniru.
Bayi mula bercakap dangan belajar meniru percakapan.

Al-quran juga begitu. Al-Quran bukan bahasa kita jadi kita mesti meniru. kunci penting untuk mengusai sesuatu bahasa itu ialah - TIRU

3. ULANG, ULANG dan ULANG!

Bila guru ajarkan, cuba buat. Ulang buat.
Bila kelakar, gelak sahaja. Kemudian buat lagi! Ulang lagi!

Balik ke rumah, latih lagi! Sambil memandu ulang! Sambil memasak berlatih!
Berlatih sampai jadi natural. Sampai tak perlu fikir macamana nak sebut.


Moga Allah bantu kita semua.
Allahumma Yassir wa La Tu`assir. Ameen...



Pengajian Al-Quran Al-Muflehuun
Subang Jaya

017-3103117

Popular Posts